Isu pelarian Myanmar: Keselamatan, kepentingan rakyat diutamakan - PM

LocalPolitics
29 Sep 2026 • 11:21 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Isu pelarian Myanmar: Keselamatan, kepentingan rakyat diutamakan - PM
Seramai 1,476 warga Myanmar dihantar pada Selasa. Foto: Facebook Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR - Kerajaan akan memastikan usaha menangani isu pelarian Myanmar dilaksanakan dengan mengutamakan keselamatan dan kepentingan rakyat Malaysia, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata, komitmen itu menjadi asas dalam usaha kerajaan menyelesaikan isu berkenaan secara tuntas termasuk menerusi kerjasama dengan Myanmar bagi penghantaran pulang pelarian secara sukarela dan berperingkat.

Anwar berkata, kerajaan turut mengambil langkah lebih tersusun dalam menangani persoalan itu menerusi penguatkuasaan, penyelarasan antara agensi dan kerjasama dengan negara asal.

"Isu pelarian Myanmar bukan permasalahan baharu, sebaliknya legasi puluhan tahun yang telah memberikan tekanan kepada negara dari sudut keselamatan, sosial dan pengurusan.

"Insya-ALLAH, saya akan memastikan isu ini ditangani secara tuntas, dengan keselamatan dan kepentingan rakyat Malaysia diberi keutamaan, serta pelaksanaannya berlandaskan undang-undang dan nilai kemanusiaan,” katanya menerusi hantaran di Facebook pada Selasa.

Beliau berkata, hasil rundingan bersama dengan Myanmar, sebanyak 5,000 pelarian akan dihantar pulang secara sukarela dan berperingkat, dengan 1,476 daripada mereka memulakan fasa pertama pada Selasa selepas melalui proses yang dipersetujui kedua-dua negara.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved