Isu Peminat Lelaki Bersikap ‘Obses’, Ini Respons Odda - “Memang Saya Agak Trauma Sedikit…”

7 Nov 2026 • 7:55 PM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

Isu Peminat Lelaki Bersikap ‘Obses’, Ini Respons Odda - “Memang Saya Agak Trauma Sedikit…”

Penyanyi Auddra Zulkifli atau Odda mengakui dia berasa simpati dengan peminat lelaki yang didakwa bersikap obses terhadap dirinya.Bagaimanapun anak kepada pasangan selebriti Sharifah Shahirah dan Ijoy Azhari memberitahu dia sebenarnya kurang selesa dengan individu berkenaan.“Sejujurnya bagi saya… saya rasa kesian dekat individu itu. Mungkin orang nampak kesian dekat saya, ya saya kurang selesa ketika itu tapi saya juga kesian kat dia sebab saya ada ramai peminat, dan team saya boleh tolong saya.“Dia tak ada orang nak tolong. Kita pun tak boleh nak buat andaian, tapi ramai kata dia waras saja dan bekerja. Jadi dia tahu apa dia buat, saya rasa dia bukan autisme,” kongsinya kepada Gempak.Odda ditemui ketika majis pengumuman top 10 Anugerah Bintang Popular di Ombak KLCC, Kuala Lumpur pada Rabu.Selepas insiden berkenaan, penyanyi berusia 17 tahun itu mengakui dia berasa sedikit trauma dengan peminat lelaki tersebut.Odda juga menitipkan pesanan kepada peminat agar tidak bertindak keterlaluan apabila meminati seseorang selebriti.“Tapi sejujurnya selepas insiden itu memang saya agak trauma sedikit. Sebab itu kadang-kadang saya jaga batasan dengan pemnat. Kalau minat atau obses dengan artis, saya rasa anda tak perlu berkelakuan seperti itu.“Mungkin anda boleh berubah sebab kalau anda nak rapat dengan artis anda, anda kena buat mereka rasa selesa untuk dekat dengan anda,” ujarnya.Terdahulu tular video memperlihatkan seorang peminat lelaki yang beberapa kali bersikap obses terhadap Odda yang meraih perhatian wargamaya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved