Isu politik Negeri Sembilan: Saya akan rujuk kepada Pengerusi BN - Zambry

LocalPolitics
27 Apr 2026 • 1:38 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Isu politik Negeri Sembilan: Saya akan rujuk kepada Pengerusi BN - Zambry
Zambry ketika bercakap pada taklimat media Menteri Pendidikan Tinggi bagi Mesyuarat Kedua Jawatankuasa Bersama (JC) antara Malaysia dan Turkiye serta Kongres Pendidikan Bumiputera di Menara Dato Onn pada Isnin. Foto Bernama

KUALA LUMPUR - Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata, beliau akan merujuk kepada kepimpinan tertinggi BN susulan tindakan 14 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) UMNO dan BN Negeri Sembilan yang menarik sokongan terhadap kepimpinan Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun.

Zambry berkata, beliau juga perlu mendapatkan maklumat terperinci dan berbincang dengan pucuk pimpinan tertinggi parti berhubung perkara tersebut sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi.

"Saya akan merujuk perkara ini kepada Pengerusi Barisan Nasional (Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi) terlebih dahulu,” katanya ringkas kepada pemberita selepas Taklimat Media Menteri Pendidikan Tinggi bagi Mesyuarat Kedua Jawatankuasa Bersama (JC) antara Malaysia dan Turkiye serta Kongres Pendidikan Bumiputera di Menara Dato Onn di sini pada Isnin.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai tindakan kesemua 14 ADUN UMNO dan BN di Negeri Sembilan yang menyatakan hilang kepercayaan dan menarik sokongan terhadap Aminuddin.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Sembilan, Datuk Seri Jalaluddin Alias berkata, pemakluman rasmi berhubung perkara itu akan dihantar kepada Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Setiausaha DUN hari ini. - Bernama