Isu Ramai Dah Muak Dengan ‘Pick-Up Line’ Bella, Syed Saddiq Bersuara – “Mungkin Kadang-Kadang..”

LocalEntertainment
31 Aug 2025 • 8:36 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Baru-baru ini, melalui sesi temubual bersama pihak Gempak, Ahli Parlimen Muar iaitu YB Syed Saddiq tampil memberi penjelasam mengenai isu netizen sudah muak dengan pick-up line yang sering diberikan oleh, Bella Astillah untuknya setiap kali sesi live di TikTok.

“Mungkin kadang-kadang reaksi saya..”

Menurut Syed Saddiq, dirinya secara peribadi suka saja apabila diberikan pick-up line, namun cuba sebaik mungkin untuk memahami daripada perspektif orang lain.

Bella ni cerdik, pandai. Apa yang dia buat jarang dirancang, terus je dari fikiran dia dan saya suka dengar. Cuma mungkin kadang-kadang reaksi saya lain sikit.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Syed Saddiq (@syedsaddiq)

Banyak belajar dengan Bella Astillah

Tambahnya lagi, kebanyakan pick-up line yang diterima dilakukan secara spontan, namun ada juga yang hadir daripada pihak klien seperti yang diberitahu oleh aktres itu sebelum ini.

Dalam pada itu, Syed Saddiq juga berkata pengalaman bergandingan dengan Bella dalam pelbagai program sedikit sebanyak membuatkan dirinya faham dengan gaya serta rentak yang dibawa.

image is not available 2025-08-29 09:30:55

Netizen Muak Dengar 'Pick-Up Line' Bella Astillah & Syed Saddiq Dalam Live - "YB Pun Malas Nak Layan"