Netizen Muak Dengar ‘Pick-Up Line’ Bella Astillah & Syed Saddiq Dalam Live – “YB Pun Malas Nak Layan”

LocalEntertainment
29 Aug 2025 • 9:30 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Baru-baru ini, pelakon dan penyanyi, Bella Astillah tampil memberi respon mengenai netizen yang kurang senang melihat dirinya sering memberi ‘pick-up line’ kepada Ahli Parlimen Muar, YB Syed Saddiq setiap kali melakukan live di media sosial.

Dikecam sering buat ‘pick-up line’

Menurut Bella atau nama sebenarnya, Dayang Ara Nabellah Awang Astillah, 31, tindakan tersebut tidak dilakukan tanpa sengaja, sebaliknya ia adalah satu komitmen pekerjaan yang diminta oleh klien.

Ayat-ayat pick-up line itu bukanlah sesuatu yang saya cipta untuk suka-suka. Bila klien minta dengan menunjukkan papan putih tulis ‘Bella/YB pick-up line’, saya cuma laksanakan apa yang diminta. Ia adalah sebahagian tugas dan tanggungjawab.

Difahamkan, Bella memperjelaskan perkara tersebut selepas terdapat netizen di platform Threads meluahkan rasakurang senang dengan kelakuannya.

Netizen dakwa Syed Saddiq dah muak?

Kalau kita nak bincang secara intelektual, saya sangat terbuka tapi sekadar peringatan mesra, sesi itu bukan sesi siarang langsung di akaun peribadi saya tetapi milik klien.

image is not available

Sebelum ini, netizen tidak berpuas hati melihat Bella sering memberi ‘pick-up line’ kepada Syed Saddiq, malah mendakwa Ahli Parlimen itu sudah muak melayan aktres terbabit yang disifatkan berbeza dengan personaliti ahli politik itu.

image is not available 2025-08-13 11:37:45

"Tu Bukan Abang, Tu 'Sayang'..." - Tersipu Malu Bella Astillah Bila Diusik Dengan Abang Syed Saddiq