
PUTATAN: Alasan atas nama demokrasi hingga Gabungan Rakyat Sabah (GRS) membiarkan Naib Presiden Bersatu, Datuk Seri Dr Ronald Kiandee bertanding di Parlimen Beluran adalah tidak masuk akal.
Ketua Wirawati Bahagian Putatan, Bibianah Mustafa berkata, situasi itu jelas menggambarkan tiada persefahaman dalam GRS-BN hingga berlaku pertembungan dengan calon BN di kawasan itu.
“Alasan demokrasi memang tidak logik kerana GRS-BN telah bekerjasama dan sering melaungkan kepada rakyat bahawa persefahaman dalam pakatan itu mewujudkan kestabilan dalam kerajaan.

