Isu Sandwic ‘Ham & Cheese’ Dijual Di IPTA, JAKIM Sahkan Tiada Sijil Halal

LocalFood
13 Jan 2025 • 3:16 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) mengesahkan produk sandwic yang berintikan ‘ham and cheese’ yang tular baru-baru ini, tidak mempunyai Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM).

Malah, syarikat yang menghasilkan produk terbabit juga bukan pemegang SPHM, lapor Harian Metro.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata, Bahagian Pengurusan Halal JAKIM menerima banyak pertanyaan di media sosial mengenai status halal produk sandwic ‘ham and cheese’ tersebut.

“Hasil pemeriksaan mendapati bahawa produk berkenaan tidak mempunyai SPHM dan syarikat yang menghasilkan produk terbabit bukan pemegang SPHM.

“Oleh itu, tindakan pihak syarikat mencetak logo halal Malaysia pada label produk berkenaan adalah suatu kesalahan mengikut Akta Perihal Dagangan 2011 [Akta 730] iaitu Perintah Perihal Dagangan (Perakuan dan Penandaan Halal) 2011 dan tindakan undang-undang sudah diambil oleh KPDN.”

image is not available

Justeru, pengguna dinasihatkan supaya sentiasa menyemak status halal sesuatu produk melalui Portal Halal Malaysia atau aplikasi Verify Halal.

Terdahulu, Universiti Malaya (UM) menutup dua premis kedai serbaneka dalam kampusnya susulan dakwaan penemuan produk pek sandwic diragui status halal.

Dalam kenyataan media, UM menyatakan arahan penutupan itu dikeluarkan bagi memberi ruang supaya siasatan dilaksanakan tanpa sebarang gangguan.

Sumber: Harian Metro

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.