
Baru-baru ini, tular foto menunjukkan selebriti lelaki dan wanita bercium ketika mengambil gambar di photobooth sebuah pusat beli belah.
Gambar tidak senonoh itu ‘kantoi’ dengan orang awam apabila ianya ditampal bersama gambar pelanggan photobooth yang lain.
Bila dah tersebar, orang ramai mula berteka teki siapakah gerangan pelakon itu kan? Sampai ada yang memetik nama pelakon baru Hazeeq Dean.
Hazeeq Dean ketika ditemubual sebuah portal bagaimanapun memilih untuk tidak memberi sebarang kenyataan kerana mahu menjaga privasi semua pihak.
“Saya tak mahu komen, lebih baik jaga privasi semua pihak”

Menurutnya, dia sendiri tidak tahu mengenai isu viral itu kerana tumpuannya hanyalah kepada bidang lakonan dan bisnes yang semakin berkembang.
Fokus saya sekarang hanya pada kerjaya. Apa-apa yang viral, saya tak mahu komen kerana bagi saya lebih baik jaga privasi semua pihak. Saya pun tak mahu mengiyakan atau menidakkan apa-apa yang berlaku.
Bekas peserta Hero Remaja 2019/2020 ini juga menegaskan bahawa dia tidak mahu terbeban dengan gosip yang tidak membawa manfaat kepada karier seninya.
Soal cinta terlalu privasi untuk didedahkan

Ketika disoal mengenai status hubungannya dengan aktres dalam gambar berkenaan, Hazeeq lebih selesa untuk tidak mendedahkan apa-apa dan menganggap perkara itu terlalu peribadi.
Buat masa ini, dia memilih untuk merahsiakan soal hubungan dan jika orang ramai mahu membuat andaian sendiri, terpulang kepada mereka ujarnya.
Pssttt! Dalam dunia hiburan, gosip memang tak dapat dielak, tapi tindakan dia untuk fokus pada kerjaya dan bukan kontroversi memang patut dipuji. Kadang-kadang, diam itu lebih bermakna daripada penjelasan panjang lebar.
Kredit: Ohbulan
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.
The post
appeared first on
.

