“Maafkan Aku Ya Allah” – Shuhada Shukri Minta Doa Untuk Lawan Si Polan

27 Jun 2024 • 2:11 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available

Dua tiga hari ni kecoh di media sosial tentang pergaduhan antara Hafidz Roshdi dan bekas isterinya, Shuhada Shukri. Nampaknya macam tak ada pengakhiran..

Menerusi hantaran story Instagram Shuhada Shukri, dia merasakan marahnya sudah terlalu jauh dan memohon ampun kepada Allah.

Dia juga berkata percaya akan ada pembalasan dan menyerahkan segala-galanya kepada Allah.

Ampunkan aku Ya Allah, maafkan aku Ya Allah.

Maka Ya Allah, aku serahkan segalanya padaMu, wakililah aku dan anak-anak, Umar dan Humairah Ya Allah, lawanlah dengan si polan itu.

image is not available

Susulan daripada itu, kini dia memilih untuk fokus menjadi ibu yang baik kepada anak-anak selain daripada menajga nama baik semua yang menyokongnya.

Shu dah malas nak layan dan berlawan dengan orang yang patut pupus.

Anda fokus sahaja untuk menasihati si polan untuk berubah di ruang komen latest posting Shu, terima kasih semua in advance.

image is not available

Sebelum ini, Hafidz mengeluarkan kenyataan di media sosialnya dan menggunakan gelaran yang tak sopan buat bekas isterinya yang membuatkan netizen tidak senang.

Kredit: Instagram @shushukrii

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.