Isu seragam jururawat: Banyak lagi isu boleh dibawa ke Dewan Rakyat

LocalPolitics
16 Jun 2023 • 7:53 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Syed Saddiq

SHAH ALAM - Banyak lagi isu sektor kesihatan yang boleh dibawa ke Dewan Rakyat berbanding isu pakaian seragam jururawat terlalu ketat.

Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata, antara isu yang perlu perhatian Dewan Rakyat antaranya kekurangan jururawat dengan nisbah seorang perlu rawat 454 pesakit dalam satu masa.

“Malah kita juga kekurangan lebih 20,000 doktor kontrak tanpa jaminan pekerjaan ditambah dengan kekurangan 2,500 doktor psikiatri seluruh negara.

“Paling ketara kesesakan wad di hospital kerajaan, termasuk di zon utama dan zon kecemasan termasuklah fasiliti klinik yang daif dan ketinggalan,” katanya menerusi Facebook pada Jumaat.

Dalam pada itu beliau turut menyarankan semua ahli parlimen sama-sama mencari jalan penyelesaian dari peringkat dasar.

Pada sesi Dewan Rakyat Khamis, Ahli Parlimen Kuantan, Wan Razali Wan Nor mempersoalkan etika pemakaian jururawat wanita di klinik dan hospital kerajaan yang didakwa berpakaian ketat dan tidak patuh syariah.

Beliau mendakwa ramai jururawat wanita yang berkhidmat di fasiliti kesihatan kerajaan berpakaian ketat mengikut acuan barat hingga menampakkan bentuk badan dan tidak selari dengan tuntutan Islam.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved