Isu Sijil Halal JAKIM: Ini Maklum Balas Restoran Johnny’s dan Black Canyon

LocalFood
4 Sep 2024 • 11:17 AM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Isu Sijil Halal JAKIM: Ini Maklum Balas Restoran Johnny’s dan Black Canyon

Pengurusan Johnny’s Restaurants dan Black Canyon Malaysia menjelaskan restoran makanan itu masih belum disahkan halal oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

Walau bagaimanapun, pihaknya menyakinkan kedua-dua restoran makanan ini menggunakan bahan makanan yang diambil daripada pembekal yang memiliki sijil halal.

“Pihak pengurusan restoran Johnny’s Restaurant dan Black Canyon Malaysia ingin memberi keyakinan kepada semua pelanggan bahawa semua bahan makanan yang digunakan di restoran-restoran tersebut termasuk ayam, telur, daging dan bahan mentah lain diperoleh dari pembekal yang memiliki sijil halal,” maklumnya dalam satu kenyataan.

Selain itu, pihaknya menyakinkan tiada sebarang penggunaan alkohol atau wain dalam pemprosesan atau penyediaan makanan dan minuman yang dihidangkan oleh kedua-dua syarikat itu.

“Kedua-dua syarikat tersebut memahami kepentingan pensijilan Halal kepada pelanggan.

“Kami juga sedang berusaha untuk mendapat pensijilan Halal daripada JAKIM untuk dapur berpusat (central kitchen) dan pensijilan individu untuk semua cawangan mereka.

“Pihak Johnny’s Restaurant dan Black Canyon Malaysia juga berharap bahawa penjelasan yang dikemukakan akan menangani rasa bimbang semua pelanggan.

“Seperti biasa, pengutamaan diberi kepada perhidangan makanan Thai yang lazat, selamat dan asli bagi semua rakyat Malaysia dan pelanggan yang memberi kepercayaan kepada Johnny’s Restaurant dan Black Canyon Malaysia,” jelas kenyataan itu lagi.

Sebelum ini, JAKIM dalam satu kenyataan memaklumkan semakan status halal bagi premis Johnny’s Restaurant, Black Canyon, Dolly Dim Sum, Mr. Dakgalbi dan Bungkus Kaw Kaw mendapati lima restoran itu bukan pemegang Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM).

Difahamkan, semakan itu dibuat berdasarkan dalam sistem MYeHALAL JAKIM.

Jelas JAKIM, pertanyaan tersebut telah diajukan melalui Sistem Pengurusan Aduan Awam (SISPAA) JAKIM.

“Maklum balas yang disediakan oleh Jabatan ini telah dijana melalui Sistem Pengurusan Aduan Awam tersebut,” katanya menjawab pertanyaan berkaitan isu status halal premis makanan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved