Isu Stoking Tertera Kalimah Allah, MPBP Serah Notis Batal Lesen Dan Tutup Operasi Kilang

21 Mar 2024 • 12:27 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Pembatalan lesen kilang Xin Jian Chang Sdn Bhd di Batu Pahat

Isu Stoking Tertera Kalimah Allah, MPBP Serah Notis Batal Lesen Dan Tutup Operasi Kilang. Majlis Perbandaran Batu Pahat (MPBP) telah membatalkan lesen operasi syarikat Xin Jian Chang Sdn Bhd, sebuah kilang di Kawasan Perindustrian Sri Gading yang dikaitkan dengan pengedaran stoking bertuliskan kalimah Allah.

Menerusi satu kenyataan di Facebook, MPBP memaklumkan bahawa notis pembatalan lesen dan arahan menutup operasi perniagaan telah diserahkan kepada pengarah urusan syarikat Xin Jian Chang Soh Hui San.

image is not available
Isu Stoking Tertera Kalimah Allah, MPBP Serah Notis Batal Lesen Dan Tutup Operasi Kilang. Sumber: malaysiakini

Penyerahan notis itu disaksikan oleh Yang Dipertua MPBP, Ezahar Abu Sairin, bersama Ketua Whip, Timbalan dan Ahli Majlis MPBP.

Menyokong titah Pemangku Sultan Johor untuk mempertahankan kemuliaan agama Islam

Tindakan ini dilakukan bagi mendukung penuh titah Pemangku Sultan Johor untuk mempertahankan kemuliaan agama Islam di negeri itu.

MPBP juga telah menjalankan pemeriksaan di empat premis perniagaan KK Supermart dan Superstore di Batu Pahat, namun tidak menemui sebarang stoking bertuliskan kalimah Allah di premis-premis berkenaan.

Baca juga artikel yang berkaitan: