Isu Suami Isteri Bermesra Ketika Dalam Idah, Ini Respons Ustaz Hadhari

13 Jul 2024 • 1:00 PM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

Idah merupakan suatu tempoh masa yang dilalui oleh seorang perempuan selepas perceraian atau kematian suami. Sepanjang tempoh ini, wanita tersebut tidak boleh menikah semula.
 
Sepanjang tempoh ini juga, wanita dalam idah selalunya banyak menghabiskan masa di rumah dan hanya akan keluar jika diperlukan.
 
Bagaimanapun, bagi pasangan yang telah bercerai, kebanyakan daripada mereka menggunakan tempoh ini untuk berbaik, bermuhasabah diri dan rujuk semula.
 
Adakah pasangan yang telah bercerai dikira kembali rujuk jika mereka dilihat bermesra dan berpegangan tangan dalam tempoh Idah?

Berkongsi ilmu tentang perkara itu, personaliti radio Zayan, Ustaz Tajdid Hadhari atau lebih dikenali sebagai Ustaz Bola, menjelaskan pasangan itu tidak dikira sebagai rujuk walaupun ada aksi berpegangan tangan antara satu dengan lain. 

Jom kita dengarkan perkongsian daripada Ustaz Hadhari mengenai isu ini!
   

Lafaz rujuk perlu disebut







“Pertama saya nak nasihatkan yang menonton video tersebut kita jangan pukul sama rata atau kita nak terus menghukum.




Ustaz Hahadri turut menasihati pasangan suami isteri untuk tidak mempamerkan aksi romantik di media sosial. Seperti yang tertulis dalam kita Imam Nawawi, Ustaz Hadhari menjelaskan, pasangan suami isteri perlu mempunyai sifat malu.


“Perkara yang keduanya bila sebut tentang suami isteri apabila mereka rujuk semula, mereka sudah macam suami isteri. Tidak salah dah nak sentuh, takda masalah nak pegang.
 
“Cuma saya ingin ingatkan kepada suami isteri yang ada laman media sosial, kalau boleh jangan cuba tunjukkan romantik di depan orang lain.

“Sebab dalam hadis, Nabi Muhammad SAW ada menyebut bahawa iman mempunyai 70 cabang dan salah satunya adalah sifat malu. Hadis ini turut dikongsi oleh Imam Nawawi dalam kitab Majmu’. 

“Jadi janganlah kita ini tiada rasa malu tunjuk pulak romantik walaupun dah rujuk okey?” tutupnya.