Isu Tak Kapit Tayar Kereta Mewah: Ini Penjelasan DBKL

LocalPolitics
18 Nov 2024 • 3:30 PM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

Seorang lelaki tidak berpuas hati dengan tindakan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur yang hanya mengambil tindakan kapit ke atas kereta Bezzanya yang diletakkan di tepi jalan sebaliknya tidak mengenakan tindakan itu ke atas kereta mewah.

Kejadian berlaku di Jalan Telawi, Bangsar, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Individu itu yang tidak berpuas hati dengan DBKL turut memuat naik beberapa gambar berhubung kejadian itu di TikTok.

“Clamp Bezza but don’t clamp expensive car. Explain this, DBKL? Fyi, we already paid our fee but where’s justice? Expensive car means I can break the rules ah?

image is not available

Sebaliknya, DBKL menafikan wujud ‘layanan istimewa’ berhubung tindakan kapit tayar kenderaan di sekitar Bangsar yang tular.

DBKL berkata, tindakan yang diambil pada Jumaat lalu adalah tegas dan mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan.

“Pada hari tersebut, sejumlah 13 kenderaan telah dikenakan tindakan kapit tayar termasuk sebuah Perodua Bezza seperti yang telah dirakam oleh pemiliknya.

“Tindakan kapit tayar ke atas Perodua terbabit terbabit kira-kira 1.09 petang dan dibuka semula pada 1.30 petang di Jalan Telawi 4,” katanya.

Malah, DBKL turut menjelaskan tindakan tidak mengapit sebuah kenderaan lain yang dipertikaikan pemilik Bezza berkenaan.

image is not available

“Mungkin ada yang tertanya-tanya kenapa kenderaan lain ‘terlepas’ dalam video tersebut.

“Untuk makluman, SOP DBKL menetapkan tindakan kapit roda tidak boleh dikenakan ke atas kenderaan yang mempunyai pemandu di dalamnya.

“Justeru, petugas kami telah mengarahkan agar pemilik kenderaan yang berada di dalam kenderaan untuk mengalihkan kenderaan mereka dari lokasi berkenaan,” katanya.

Sehubungan itu, DBKL menegaskan semua tindakan adalah selaras dengan prinsip ketelusan dan keadilan, tanpa dwi-standard, demi memastikan keselesaan dan keselamatan semua warga kota.