Isu teater ‘panas’: KPT gesa penjelasan daripada UM -“Akan dapatkan maklumat…”

LocalPolitics
16 Apr 2026 • 4:26 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Isu adegan tidak sopan dalam sebuah persembahan teater di Universiti Malaya (UM) yang tular di media sosial kini mendapat perhatian Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).

Menteri akan segera dapatkan maklumat

Memetik laporan daripada Kosmo! Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir memaklumkan pihaknya akan mendapatkan penjelasan lanjut daripada universiti berkenaan berhubung perkara itu.

“Tadi saya ada tengok, ada dalam media sosial. Saya akan dapatkan maklumat terlebih dahulu daripada pihak UM.
“Apa pun, saya akan dapatkan (maklumat),” katanya ketika ditemui pemberita selepas menghadiri Majlis Perasmian Naik Taraf Perpustakaan Digital Universiti of Cyberjaya (UoC) di sini hari ini.

Image from: Isu teater ‘panas’: KPT gesa penjelasan daripada UM -“Akan dapatkan maklumat…”

Terdahulu, tular satu rakaman video memaparkan babak intim antara seorang lelaki dan wanita di atas pentas yang dipercayai sebahagian daripada pementasan teater di UM.

Image from: Isu teater ‘panas’: KPT gesa penjelasan daripada UM -“Akan dapatkan maklumat…”

Susulan itu, pihak universiti tampil memohon maaf atas kekhilafan yang berlaku serta kegusaran yang timbul dalam kalangan masyarakat.

UM turut memaklumkan bahawa pihaknya memandang serius isu berkenaan dan mengambil maklum setiap kebimbangan yang dibangkitkan oleh orang ramai.

Sumber: Kosmo!