KPT dapatkan maklumat lanjut daripada UM mengenai adegan teater

LocalPolitics
16 Apr 2026 • 12:28 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Zambry

CYBERJAYA - Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) akan mendapatkan maklumat lanjut daripada Universiti Malaya (UM) berhubung isu adegan kurang sopan dalam sebuah persembahan teater yang tular di media sosial, kata Menterinya, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir.

"Tadi saya tengok ada dalam media sosial (laporan mengenai isu itu). Saya akan dapatkan maklumat terlebih dahulu daripada pihak UM,” katanya ringkas kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Perasmian Naik Taraf Perpustakaan Digital University of Cyberjaya (UoC) di sini hari ini.

Satu persembahan teater didakwa berlaku di UM menjadi tular apabila ia memaparkan adegan kurang sopan dan mengundang pelbagai reaksi daripada masyarakat.

Terdahulu, UM dalam satu kenyataan memohon maaf atas kekhilafan yang berlaku dan menyatakan tidak akan berkompromi terhadap mana-mana pelanggaran garis panduan program atau peraturan ditetapkan.

Menurut UM, hasil penelitian mendapati adegan dipertontonkan tidak selaras dengan skrip asal yang telah melalui proses tapisan dan jelas merupakan pelanggaran terhadap syarat pertandingan ditetapkan.

Berdasarkan syarat umum dan peraturan pertandingan Karnival Teater (KARVITER) UM, setiap persembahan perlu bebas daripada unsur negatif, provokasi atau sebarang kandungan yang boleh menjejaskan nilai keagamaan, moral, etika, budaya dan nama baik universiti. - Bernama

 

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved