Isu ternakan babi tidak perlu dibangkitkan lagi - SAM

LocalPolitics
25 Apr 2026 • 8:50 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Laporan Sinar Harian pada Isnin berhubung titah Sultan Sharafuddin Idris Shah ke atas larangan ternakan babi di Selangor.

SHAH ALAM – Cadangan penternakan babi di Selangor tidak wajar dibangkitkan semula selepas Sultan Sharafuddin Idris Shah menitahkan agar tiada lagi aktiviti berkenaan di negeri ini.

Presiden Sahabat Alam Malaysia (SAM), Meenakshi Raman berkata, titah baginda merupakan panduan yang perlu dihormati semua pihak.

Menurutnya, isu penternakan babi tidak seharusnya dilihat dari sudut agama atau kaum semata-mata, sebaliknya perlu dinilai berdasarkan risiko pencemaran dan kesihatan.

“Saya berpandangan dalam soal penternakan babi ini tidak harus ditimbulkan lagi selepas Sultan Sharafuddin menitahkan agar tiada penternakan di negeri ini melainkan import dari luar.

“Walaupun menggunakan teknologi moden, ia tetap mengundang risiko pencemaran apabila dibuat secara besar-besaran. Kesan kepada alam sekitar dan penduduk setempat tidak boleh dinafikan,” katanya kepada Sinar Harian.

Beliau berkata, faktor kepadatan penduduk di Selangor turut menjadi pertimbangan utama dalam menilai kesesuaian aktiviti penternakan berskala besar.

Menurutnya, cadangan mengimport bekalan dilihat lebih sesuai bagi mengelakkan sebarang kemudaratan terhadap alam sekitar serta kesejahteraan komuniti setempat.

Meenakshi berkata, polemik tersebut perlu dihentikan segera kerana bimbang boleh mencetus masalah lebih besar.

“Polemik ini harus dihentikan supaya tidak menjadi platform untuk mana-mana pihak menangguk di air keruh,” katanya.

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved