Isu The 1975: Peguam Tawar Khidmat Sukarela Kepada Artis, Penganjur Yang Terkesan

23 Jul 2023 • 12:46 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Umum mengetahui, Festival Good Vibes telah diarahkan dibatal serta merta oleh kerajaan selepas kontroversi yang melanda kumpulan The 1975 pada hari pertama festival.

Terbaharu, sebuah firma guaman, Managing Partner of Thomas Philip menawarkan khidmat guaman secara sukarela (pro bono) kepada semua artis, penganjur dan mereka yang terkesan pada festival tersebut.

Menerusi satu hantaran di laman Facebook seorang individu dikenali sebagai John Lau, tawaran tersebut diberikan oleh salah seorang rakannya yang juga seorang peguam di firma guaman tersebut.

“Dia (Mathew Thomas Philip) sanggup mewakili mereka dalam tindakan menentang The 1975. Hubungi dia dan pasangannya Tjun Tjunnie yang juga kawan rapat saya.

“Bagi mereka yang tidak tahu, mereka (Mathew dan Tjun) juga merupakan pemilik studio Drum-Asia dan telah lama menyokong pelbagai jenis muzik. Jangan biarkan aksi satu kumpulan bodoh itu meruntuhkan seluruh dunia muzik,” katanya.

image is not available

Tambahnya lagi, pihak The 1975 telah membawa pasukan mereka sendiri dan pihak Good Vibes tidak dibenarkan masuk di kawasan kawalan bunyi. Malah, semua kumpulan telah diberi taklimat yang jelas mengenai etika panggung yang dibenarkan oleh kerajaan Malaysia sebelum datang ke Kuala Lumpur.

“Ini adalah dokumen biasa yang ditandatangani oleh artis melalui agensi tempatan kami Puspal. Jadi mereka tahu (apa yang boleh dan tidak boleh dilakukan di Malaysia)

“Ini bukan mengenai perjuangan hak LGBTQ, ia mengenai individu yang tidak bertanggungjawab yang cuba menggunakan negara kita untuk mencari publisiti murahan,” katanya.

Semoga ada keadilan buat mereka yang terkesan dengan festival ini.

Kredit: Kosmo

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.