Isu Tiket Mahal, Penganjur Konsert Coldplay Kena Panggil Dengan Kementerian Komunikasi & Digital

19 May 2023 • 1:42 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Berkenaan dengan isu harga penjualan semula tiket yang tak masuk akal, Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) akan memanggil penganjur konsert Coldplay bagi mendapatkan maklumat berhubung situasi sebenar isu penjualan tiket konsert berkenaan.

Menterinya, Fahmi Fadzil mengatakan bahawa pertemuannya dengan penganjur itu akan turut disertai oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) serta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC), ia bertujuan agar dapat meneliti pendekatan untuk elak isu harga tiket dijual terlalu mahal berulang lagi pada masa hadapan. lapor Berita Harian.

image is not available

“Saya sudah berbincang dengan Ketua Setiausaha KKD, Datuk Mohamad Fauzi Md Isa untuk memanggil penganjur konsert dan agensi berkaitan.”

“Perbincangan itu bagi membolehkan kita memahami apa yang sebenarnya berlaku, kenapa ia berlaku, bagaimana ia boleh diatasi buat masa sekarang serta apa langkah perlu diteliti supaya tidak berulang pada masa depan.”

Sebelum ini, tular satu kes apabila ada individu dipercayai kumpulan scalper atau pembel tiket hantu telah menjual semula tiket konsert siri jelajah Coldplay iaitu Music Of The Spheres World Tour (MOTSWT) di Stadium Bukit Jalil pada 22 November ini dengan harga mencecah RM43,200.

Dikhabarkan bahawa harga asal untuk tiket tempat duduk kategori 1 itu harganya cuma RM1,288 seperti tertera dalam laman web rasmi GoLive-Asia, namun golongan scalper ini mark up harga untuk dijual semula dengan harga yang tidak masuk akal.

image is not available

Susulan itu, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Seri Salahuddin Ayub, dalam laporan media semalam berkata, sekiranya ada pihak membuat aduan, pihaknya akan menyiasat perkara itu mengikut Akta Perlindungan Pengguna 1999 (Akta 599).

Fahmi berkata, antara perkara utama akan diteliti ialah cara penjualan tiket konsert kumpulan muzik Britain itu sama ada perlu ada sekatan atau syarat yang perlu dikenakan terhadap penganjur.

“Bagi MCMC pula, mereka meneliti peruntukan undang-undang untuk mengambil tindakan terhadap platform digital yang menjadi pilihan ulat tiket untuk menjual semula tiket.”

Malah, Fahmi Fadzil juga turut mengingatkan orang ramai bahawa jika ingin membeli mana-mana tiket konsert, elak daripada membeli darpada ulat tiket, sebaliknya beli di tempat platform dan sumber yang betul.

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.