Isu UEC: Syarat apa yang Dong Zong nyatakan? - KPT

LocalPolitics
16 May 2026 • 9:11 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Isu UEC: Syarat apa yang Dong Zong nyatakan? - KPT
Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi, Datuk Prof Dr Azlinda Azman bercakap pada Sidang Media Khas mengenai Laluan Kemasukan Pelajar Lepasan Di Luar Sistem Pendidikan Kebangsaan Ke Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) di Kementerin Pendidikan Tinggi pada Jumaat. Foto Bernama
Image from: Isu UEC: Syarat apa yang Dong Zong nyatakan? - KPT
Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi Azlinda Azman bercakap pada Sidang Media Khas mengenai laluan kemasukan pelajar lepasan di luar Sistem Pendidikan Kebangsaan ke Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) di Kementerian Pendidikan Tinggi pada Jumaat. Foto Bernama

PUTRAJAYA - Syarat kelayakan untuk pelajar lulusan Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) masih belum dimuktamadkan setakat ini, kata ketua Pengarah Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT), Datuk Azlinda Azman.

Beliau mempersoal kritikan Persekutuan Persatuan-Persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia (Dong Zong) terhadap KPT yang mendakwa dasar tersebut gagal memenuhi prinsip kesaksamaan pendidikan.

Persatuan itu turut menyatakan pengumuman KPT pada semalam yang membenarkan pemegang UEC dari Sekolah Menengah Persendirian Cina (SMP) memohon ke universiti awam bersifat 'kabur', selain mengenakan pelbagai sekatan.

Namun Azlinda menegaskan tiada apa yang kabur kerana pihak universiti telah menggariskan syarat dan peraturan untuk para calon yang layak serta memenuhi kriteria dan standard IPTA.

**media[3522338]**

“Sebenarnya tidak kabur… Kita (KPT) di peringkat universiti telah ada syarat-syarat kita,” katanya lagi.

Semalam, KPT mengumumkan selain SMPC lepasan sekolah, institusi tahfiz turut berpeluang mengikuti beberapa program tertentu yang dikenal pasti di institusi pendidikan tinggi awam (IPTA).

Keputusan tersebut dibuat berdasarkan keputusan Mesyuarat Jemaah Menteri berkaitan laluan kemasukan pelajar lepasan di luar sistem pendidikan kebangsaan ke IPTA. - Awani