Hasrat pelakon dan pempengaruh, Intan Najuwa untuk mencuba kelahiran secara VBAC (Vaginal Birth After Caesarean) telah mencetuskan perdebatan hangat di media sosial selepas satu komen daripada influencer perubatan, Dr Malar Santhi menjadi perhatian ramai.
Semuanya bermula apabila Intan memuat naik hantaran meminta tip daripada para ibu yang pernah melalui pengalaman VBAC, sambil meluahkan harapannya untuk berjaya bersalin secara normal selepas pernah menjalani pembedahan Caesarean (C-section) sebelum ini.
Advertisement
Namun, komen Dr Malar yang mempersoalkan mengapa wanita Melayu sering mempunyai keinginan untuk “berjaya bersalin vaginally” berbanding wanita Cina dan India di Malaysia telah mengundang pelbagai reaksi.
Dalam komennya, Dr Malar menjelaskan bahawa baginya “bersalin normal” bukan merujuk kepada kaedah kelahiran semata-mata, sebaliknya apabila ibu dan bayi berada dalam keadaan sihat tanpa mengira sama ada kelahiran berlaku secara vaginal atau melalui pembedahan LSCS (Lower Segment Caesarean Section).
View this post on Instagram
Beliau turut bertanya mengapa menurut pemerhatiannya, wanita Melayu lebih cenderung mahu merasai pengalaman bersalin secara vaginal berbanding wanita Cina dan India yang dikatakannya lebih mementingkan kelahiran yang cepat serta keselamatan bayi tanpa terlalu mempersoalkan kaedah yang digunakan.
Bagaimanapun, kenyataan itu tidak disenangi sebahagian netizen yang menganggap Dr Malar seolah-olah mengaitkan pilihan bersalin dengan kaum tertentu.

Seorang pengguna media sosial mendakwa doktor yang merawat Intan sendiri dikatakan mencadangkan VBAC sebagai pilihan yang sesuai, sekali gus mempersoalkan mengapa isu tersebut perlu dijadikan perbahasan.
Namun begitu, tidak semua bersetuju bahawa komen tersebut bersifat negatif. Sebahagian netizen tampil mempertahankan Dr Malar dengan mengatakan beliau sekadar mengemukakan soalan mengenai perbezaan budaya dan persepsi terhadap kaedah bersalin dalam kalangan masyarakat.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Abby Abadi Berang Dituduh Terlibat Penipuan, Tampil Pertahan Ibu Mangsa Rog*l Datuk Sendiri - "Awak Ada Masalah Apa?"
The post Isu VBAC Intan Najuwa Jadi Panas, Dr Malar Dipersoal Netizen Lepas Bandingkan ‘Mindset’ Wanita Melayu – “Tak Semua Kena Bawa Isu Kaum” first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.





