Isu Warga Asing Guna Petrol Bersubsidi Masih Berulang, Netizen Minta Stesen Minyak Lebih Tegas

LocalPolitics
27 Aug 2025 • 11:16 PM MYT
The Malaysian Update
The Malaysian Update

Portal berita pilihan anda untuk isu semasa, politik, hiburan, & banyak lagi

image is not available

KUALA LUMPUR – Isu warga asing dengan selamba mengisi petrol bersubsidi RON95 sekali lagi mencetuskan kemarahan rakyat apabila tular satu rakaman di media sosial.

Lelaki Singapura Isi RON95

Dalam video berkenaan, seorang lelaki Singapura dirakam mengisi minyak keretanya dengan RON95 di sebuah stesen minyak di negeri selatan tanah air.

Tindakannya bagaimanapun disedari seorang pemuda tempatan yang segera menegur sebelum warga asing itu berlalu pergi.

Netizen Mahu Tindakan Tegas

Walaupun cubaan tersebut berjaya digagalkan, netizen tetap mendesak agar pengusaha stesen minyak lebih cakna dengan isu berulang ini.

Mereka berpendapat sudah tiba masanya stesen minyak kembali menggunakan khidmat pump attendant bagi mengelakkan rakyat asing terus mengambil kesempatan.

Ada juga cadangan supaya pihak stesen minyak menempatkan staf khas untuk memantau setiap kenderaan yang mengisi minyak. Malah, ada yang menegaskan pemilik stesen minyak perlu lebih bertanggungjawab dan sekiranya gagal, denda tinggi wajar dikenakan terhadap kedua-dua pihak terbabit.

Isu berulang ini sekali lagi membuka persoalan tentang tahap penguatkuasaan di lapangan serta peranan pengusaha stesen minyak dalam memastikan hanya rakyat tempatan menikmati subsidi yang disediakan kerajaan. – The Malaysian Update

The post Isu Warga Asing Guna Petrol Bersubsidi Masih Berulang, Netizen Minta Stesen Minyak Lebih Tegas appeared first on The Malaysian Update.