Iswan Ishak, Calon MUDA Untuk DUN Repah Umum Tarik Diri Kerana ‘Masalah Peribadi’

Politics
28 Jul 2023 • 9:06 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Iswan Ishak, Calon MUDA Untuk DUN Repah Umum Tarik Diri Kerana ‘Masalah Peribadi’

Calon Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA), Iswan Ishak yang dicalonkan bagi merebut kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Repah pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan umum tarik diri, lapor Astro Awani.

Perkara itu diumumkan oleh jawatankuasa Pilihan Raya MUDA dalam satu kenyataan rasminya.

Menurut jawatankuasa tersebut, keputusan yang dibuat oleh pempengaruh media sosial itu adalah disebabkan oleh faktor peribadi.

“Kami ingin memaklumkan bahawa saudara Iswan Ishak tidak akan bertanding di bawah Parti MUDA dalam PRN yang akan datang.

“Setelah berbincang, beliau telah mengambil keputusan untuk menarik diri atas sebab-sebab peribadi,” menurut kenyataan itu.

Disebabkan penarikan diri itu, calon Ahmad Qusyairi Abdul Rahim yang bertanding di DUN Temiang akan menjadi calon tunggal MUDA di Negeri Sembilan bagi PRN kali ini.

Sebelum ini, kesemua parti telah mula mengumumkan senarai calon yang bakal bertanding dalam PRN di enam negeri. Baik dari kerajaan sehinggalah kepada pihak pembangkang.

Sumber: Astro Awani