Itali atasi Israel di Budapest

FootballSports
10 Sep 2024 • 8:16 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Frattesi meletakkan Itali di depan di Budapest. Foto Agensi

ITALI mengekalkan permulaan sempurna saingan Liga Negara-Negara apabila mengalahkan Israel 2-1 dalam perlawanan Kumpulan B di Bozsik Arena, Budapest, Hungary.

The Azzurri kendalian Luciano Spalletti terlebih dulu memimpin perlawanan separuh masa pertama menerusi jaringan bintang kelab Serie A Itali, Inter Milan, Davide Frattesi minit ke-36.

Frattesi meledak enam gol sejak menggalas cabaran bersama skuad kebangsaan pada September tahun lalu.

Separuh masa kedua bintang kelab Serie A Fiorentina, Moise Kean melebarkan kedudukan menerusi jaringan minit ke-62 untuk kedudukan 2-0.

Israel kendalian Ran Ben Simon mengurangkan defisit pada minit ke-90 menerusi pemain gantian Mohammed Abu Fani yang beraksi bersama Ferencvarosi TC.

Itali memulakan kempen Liga Negara-Negara langkah kanan apabila mengejutkan Perancis 3-1 di Parc des Princes, Paris.

Israel tewas 1-3 kepada Belgium di Stadium Nagyerdei, Debrecen, Hungary pada 7 September lalu.

Itali mendahului kedudukan dengan enam mata diikuti Perancis berada di tempat kedua dengan tiga mata.

Itali selepas ini akan menentang Belgium di Stadio Olimpico, manakala Israel menanti kunjungan Perancis di Bozsik Arena, Budapest, Hungary pada 11 Oktober.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved