Itali pilih guna sentuhan Pirlo

FootballSports
26 Jul 2026 • 10:30 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Itali pilih guna sentuhan Pirlo

ROM – Legenda bola sepak Itali, Andrea Pirlo dijangka diumumkan sebagai ketua jurulatih baharu skuad Azzurri seawal minggu depan selepas mencapai persetujuan untuk menandatangani kontrak selama empat tahun.

Menurut laporan media tempatan, Pirlo akan mengikat kontrak sehingga tamat kempen Piala Dunia 2030 dengan menerima gaji sekitar €1.5 juta (RM6.9 juta) setahun.

Bekas perancang tengah itu muncul sebagai pilihan utama untuk membimbing The Azzurri selepas Carlo Ancelotti dan Pep Guardiola menolak tawaran Persekutuan Bola Sepak Itali (FIGC) awal minggu ini.

Ancelotti dilaporkan baru sahaja menandatangani kontrak baharu bersama Brazil, manakala Guardiola pula tidak bersetuju dengan tawaran gaji yang diberikan selain mahu berehat lebih lama di Barcelona.

Pirlo pula dikatakan tidak mengambil masa lama untuk menerima tawaran yang disampaikan oleh pengarah teknikal, Paolo Maldini serta penasihat khas, Leonardo, yang pernah menjadi rakan sepasukannya ketika menjadi pemain profesional di AC Milan.

Faktor gaji turut memainkan peranan apabila kos mendapatkan Pirlo jauh lebih rendah berbanding Guardiola yang dilaporkan menuntut sekitar €20 juta (RM93 juta) setahun.

Bagaimanapun, Pirlo terlebih dahulu perlu menamatkan kontraknya secara persetujuan bersama dengan kelab Emiriah Arab Bersatu (UAE), Dubai United FC yang dikendalikannya sejak tahun lalu.

Sebagai jurulatih, Pirlo pernah membimbing Juventus pada musim 2020/21 dan menghadiahkan dua trofi buat gergasi Turin itu menerusi kejayaan dalam Coppa Italia dan Piala Super Itali. – AGENSI

 

The post Itali pilih guna sentuhan Pirlo appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved