Bank Negara Malaysia (BNM) secara rasmi melancarkan program iTEKAD Employment pada hari Selasa, 28 Julai 2026 di Kuala Lumpur.
Inisiatif ini diperkenalkan untuk membantu golongan rentan dan berpendapatan rendah (B40) mendapatkan pekerjaan yang stabil serta pendapatan mampan.
Program baharu ini melengkapkan dua skim iTEKAD sedia ada, iaitu program Keusahawanan (Entrepreneurship) dan Perlindungan (Protection).
Ketahui maklumat lebih lanjut mengenai iTEKAD Employment di bawah.
Apa Itu iTEKAD Employment?
iTEKAD Employment (iTEKAD Kerjaya) adalah merupakan sub‑program yang diperkenalkan di bawah naungan iTEKAD pada tahun 2026.
Program ini bertujuan membantu individu daripada komuniti rentan untuk meningkatkan kebolehpasaran pekerjaan serta membina daya tahan kewangan melalui pendekatan berteraskan model seakan biasiswa.
Berbeza dengan program iTEKAD sebelum ini yang memfokuskan kepada bidang perniagaan dan keusahawanan, program ini menumpukan kepada penempatan kerjaya secara langsung melalui latihan berstruktur.

Teras Utama iTEKAD 2026
Program ini menggunakan pendekatan holistik mirip penajaan biasiswa, yang merangkumi:
- Peningkatan Kemahiran: Peserta diberikan latihan kemahiran teknikal (termasuk teknologi dan digital) serta kemahiran insaniah (soft skills).
- Bantuan Kewangan: Penyediaan elaun sara hidup, penginapan, atau makanan sepanjang tempoh latihan bagi mengurangkan beban peserta.
- Pendidikan Kewangan: Latihan pengurusan wang untuk membantu peserta membina daya tahan kewangan jangka panjang.
- Jaminan Pekerjaan: Peserta yang tamat latihan akan diserap terus bekerja dengan majikan korporat atau institusi kewangan yang bekerjasama.

Syarat Kelayakan
Kriteria kelayakan minimum dan pengambilan peserta adalah tertakluk kepada setiap program yang dilaksanakan oleh institusi kewangan peserta dan rakan kerjasama.
Oleh itu, kriteria kelayakan mungkin berbeza antara program, bergantung kepada reka bentuk dan objektif program tersebut.
Antara golongan yang diberi keutamaan ialah:
- Individu daripada isi rumah berpendapatan rendah dan golongan asnaf
- Pelajar sekolah atau kolej yang tercicir akibat keadaan peribadi atau keluarga yang tidak dijangka
- Individu yang sedang beralih kerjaya
- Ibu tunggal
- Kumpulan lain yang memerlukan sokongan kebolehpasaran pekerjaan
Cara Mohon
Permohonan untuk program iTEKAD Employment perlu dibuat secara langsung melalui institusi kewangan (bank peserta) yang bekerjasama mengendalikan program latihan dan penempatan kerja tersebut.
Setiap bank mengendalikan pengambilan peserta secara berasingan mengikut sektor industri dan rakan korporat mereka.
Institusi Bank Terlibat
Anda boleh melayari laman web rasmi atau menghubungi saluran perkhidmatan pelanggan bank-bank peserta berikut:

Manfaat iTEKAD Employment
Program iTEKAD Employment menawarkan pelbagai manfaat menyeluruh yang direka untuk mengubah taraf hidup peserta daripada golongan rentan dan B40.
Antaranya:
1. Jaminan Penempatan Kerja (Employment Guarantee)
Program ini menyediakan platform kepada peserta untuk dipertimbangkan peluang pekerjaan oleh rakan kerjasama program dan/atau syarikat berkaitan dalam rangkaian mereka.
Ini tertakluk kepada komitmen dan prestasi peserta sepanjang tempoh latihan dan penilaian.
2. Pakej Sokongan Kewangan (Model Ala Biasiswa)
Peserta menerima elaun bulanan sepanjang tempoh latihan supaya mereka tidak hilang punca pendapatan sementara menunggu penempatan kerja.
Selain itu, makanan, pengangkutan, atau penginapan (tertakluk kepada program bank pengendali) turut di sediakan bagi mengurangkan beban kos harian peserta.
3. Peningkatan Kemahiran Struktur (Upskilling & Reskilling)
- Latihan Teknikal & Digital: Peserta dilatih dengan kemahiran teknologi masa hadapan dan kecerdasan buatan (AI) yang mempunyai permintaan tinggi di pasaran kerja.
- Kemahiran Insaniah (Soft Skills): Latihan komunikasi, kerja berpasukan, dan etika profesional untuk memastikan peserta sedia industri dan yakin di tempat kerja.
4. Pendidikan Kewangan (Financial Literacy)
Peserta diajar cara menguruskan gaji, membuat simpanan, dan mengelakkan hutang buruk serta dibimbing untuk membina tabungan kecemasan bagi memastikan kestabilan kewangan jangka panjang keluarga mereka.
Perbezaan 3 Jenis iTEKAD
Jangan keliru, sekarang ni dah ada 3 jenis iTEKAD, iaitu:
- iTEKAD Employment (Pekerjaan): Menghubungkan pencari kerja daripada golongan rentan terus kepada majikan melalui program latihan berelaun – TERBARU
- iTEKAD Entrepreneurship (Keusahawanan): Menyediakan modal permulaan, alatan perniagaan, dan bimbingan mentor untuk peniaga mikro mikro.
- iTEKAD Protection (Perlindungan): Menawarkan akses kepada produk perlindungan mikro (seperti insurans atau takaful mampu milik) bagi melindungi aset dan pendapatan.
Maklumat Lanjut & Soalan Lazim iTEKAD Employment
Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai program iTEKAD Employment, anda boleh rujuk portal rasmi iTEKAD di https://www.bnm.gov.my/social-finance/itekad-employment
SOALAN LAZIM
Adakah program ini sama dengan program bantuan iTEKAD sebelum ini?Tidak. iTEKAD Employment adalah cabang baharu yang memfokuskan kepada latihan kemahiran dan penempatan kerja tetap secara langsung dengan majikan korporat.
Berapakah kadar elaun yang akan diterima sepanjang tempoh latihan?Kadar elaun sara hidup bulanan serta kemudahan lain (seperti penginapan atau makanan) adalah tertakluk kepada bank pengendali dan jenis industri latihan tersebut.
Berapa lamakah tempoh latihan sebelum mula bekerja?Tempoh latihan berbeza mengikut jenis kursus kemahiran teknikal yang dipilih (biasanya merangkumi beberapa minggu hingga beberapa bulan).
Adakah saya dikenakan sebarang yuran untuk mengikuti latihan ini?Tidak. Program ini adalah percuma untuk peserta yang layak. Ia menggunakan model “ala biasiswa” di mana kos latihan ditanggung sepenuhnya, dan anda pula yang akan dibayar elaun sara hidup sepanjang tempoh tersebut.
Adakah modul latihan dan peluang pekerjaan terhad kepada sektor ekonomi tertentu?Tidak. Program iTEKAD Kerjaya terbuka kepada semua sektor ekonomi. Institusi kewangan peserta bersama rakan pelaksana diberikan fleksibiliti untuk mereka bentuk program iTEKAD Kerjaya masing‑masing berdasarkan kepakaran dan objektif program.
Adakah peserta dijamin pekerjaan selepas tamat latihan?Peserta tidak dijamin pekerjaan selepas tamat latihan. Walau bagaimanapun, program ini menyediakan platform kepada peserta untuk dipertimbangkan peluang pekerjaan oleh rakan kerjasama program dan/atau syarikat berkaitan dalam rangkaian mereka. Ini tertakluk kepada komitmen dan prestasi peserta sepanjang tempoh latihan dan penilaian.
Apa kelayakan diperlukan untuk sertai iTEKAD Kerjaya?Kriteria kelayakan minimum dan pengambilan peserta adalah tertakluk kepada setiap program yang dilaksanakan oleh institusi kewangan peserta dan rakan kerjasama. Oleh itu, kriteria kelayakan mungkin berbeza antara program, bergantung kepada reka bentuk dan objektif program tersebut.






