ITMAX peroleh kontrak RM40 juta untuk projek perkhidmatan sistem penjagaan kesihatan pintar di Segamat

4 Jul 2023 • 9:15 AM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

ITMAX peroleh kontrak RM40 juta untuk projek perkhidmatan sistem penjagaan kesihatan pintar di Segamat

diyana

04/07/2023 - 09:15

KUALA LUMPUR 4 Julai - ITMAX System Bhd telah memperoleh kontrak bernilai RM40 juta daripada Segamat Specialist Hospital Sdn Bhd (SSHSB) untuk reka bentuk dan penyediaan perkhidmatan sistem penjagaan kesihatan pintar untuk sebuah hospital di Johor.

Menurut makluman kepada Bursa Malaysia semalam, ITMAX berkata projek ini menandakan kemasukannya ke dalam sektor swasta, di mana ia juga akan menyediakan kerja-kerja kejuruteraan mekanikal dan elektrikal serta sistem pintar untuk hospital yang terletak di Segamat.

“Kami meningkatkan kehadiran dalam ruang digital bersepadu dengan mereplikasi penggunaan platform teknologi bandar pintar kami dan memasuki bidang industri kemudahan penjagaan kesihatan pintar yang semakin berkembang.

“Kami akan menyediakan platform penjagaan kesihatan pintar yang boleh direplikasi untuk diterima pakai oleh kemudahan penjagaan kesihatan lain," kata Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif, William Tan Wei Lun.

Beliau menyatakan bahawa pelaksanaan sistem pintar ini dijangka meningkatkan kecekapan operasi hospital sekali gus meningkatkan pengalaman keseluruhan pesakit

Tambahnya, kumpulan itu optimis bahawa penerokaan ke dalam sektor khusus ini akan membuka jalan untuk kerjasama masa depan dengan penyedia penjagaan kesihatan swasta yang lain.

Saham ITMAX dibuka pada RM1.40 hari ini, menilai syarikat itu pada RM1.4 bilion. - DagangNews.com

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved