ITMAX raih kontrak bernilai RM47.2 juta bagi kerja penggantian lampu jalan daripada DBKL

8 Feb 2024 • 9:36 AM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

ITMAX raih kontrak bernilai RM47.2 juta bagi kerja penggantian lampu jalan daripada DBKL

azan

08/02/2024 - 09:36

KUALA LUMPUR 8 Feb - ITMAX System Bhd menerima kontrak bernilai RM47.2 juta daripada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bagi penggantian lampu jalan LED di Kuala Lumpur.

Kumpulan itu berkata, pihaknya akan menggantikan lampu LED yang rosak atau jaminan tamat tempoh.

"Kontrak itu akan menyumbang secara positif kepada pendapatan dan aset bersih sesaham syarikat sehingga tamat tempoh kontrak," katanya.

ITMAX terlibat dalam pembekalan, pemasangan dan penyelenggaraan sistem rangkaian lampu di Kuala Lumpur untuk DBKL sejak 2016.

Pengarah Urusan yang juga Ketua Pegawai Eksekutif kumpulan, William Tan Wei Lun berkata, kumpulan itu bekerjasama rapat dengan DBKL bagi meningkatkan keselamatan dan kualiti hidup di Kuala Lumpur dengan rumusan bandar pintar mereka.

"Tempahan kerja ini adalah salah satu inisiatif DBKL untuk memastikan semua lampu jalan LED berfungsi sepenuhnya kerana ia memainkan peranan penting dalam memastikan keselamatan orang ramai dan lalu lintas.

"Kami berharap dapat bekerjasama dengan DBKL untuk menyampaikan lebih banyak penyelesaian bandar pintar pada masa hadapan," katanya dalam satu kenyataan. - DagangNews.com

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved