“Itu Antara Saya Dan Allah” – Daiyan Trisha Tak Melatah Dikecam Seksi Lepas Umrah

EntertainmentLifestyle
1 Aug 2025 • 1:06 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
Ohmedia daiyan Trisha

Pelakon dan penyanyi, Daiyan Trisha sudah beberapa kali ditegur netizen kerana pakaiannya yang dikatakan terlalu seksi.

Rata-ratanya kecewa dengan pemakaian Daiyan memandangkan selebriti ini sudah mengerjakan ibadah umrah.

Daiyan pilih untuk jadi diri sendiri

image is not available

Menjawab kepada isu itu, Daiyan melalui laporan mStar berkata, isu penampilan dan ibadah adalah sesuatu yang sangat peribadi antara dirinya dan Tuhan.

Soal sudah pergi umrah atau belum, itu antara saya dan Allah. Bab itu saya tak boleh komen lebih.

Daiyan juga mengakui bahawa dia faham dengan teguran yang diterima, namun tetap mahu menjadi dirinya sendiri dan percaya perubahan akan datang pada masa yang sesuai.

Saya cuma menjadi diri sendiri dan akan berubah bila sampai masa yang tepat.

Menurutnya, sebagai seorang selebriti, kecaman adalah lumrah dan dia sentiasa berusaha untuk istiqamah serta menjadi individu yang lebih baik dari hari ke hari.

Pssttt! Bagi Oh! Media, teguran itu penting, tapi jangan sampai menghukum. Biarlah perubahan itu datang dengan ikhlas, bukan kerana tekanan.

Kredit: mStar
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.

The post

appeared first on

.