‘Itu bukan Sabah, Itu Loghat Bugis’ Netizen Terhibur Lihat Aeril Zafrel Cakap Sabah

30 Jul 2022 • 6:35 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Aeril yang berasal dari Johor sudah lancar bercakap bahasa Sabah

‘Itu bukan Sabah, Itu Loghat Bugis’ Netizen Terhibur Lihat Aeril Zafrel Cakap Sabah. Siapa yang tidak kenal dengan pasangan romantik Aeril Zafrel dan Wawa Zainal yang sering memuat naik video kelakar di Tiktok.

Semestinya rata-rata netizen sudah tahu bahawa isterinya Wawa Zainal adalah seorang anak kelahiran Lahad Datu, Sabah dan Aeril Zafrel merupakan anak jati Johor.

image is not available
Kredit: TIktok wawacosmetics.kl

Sekali lagi, video yang dimuat naik Aeril itu sering menjadi tumpuan dan kali ini dia merakam dirinya sendiri bercakap menggunakan loghat Sabahan dan menyatakan bahasa Sabahnya tidak begitu bagus.

@wawacosmetics.kl Replying to @evxgxbbixtxy Boleh sudah si aeril cakap Sabahimage is not available Aeril orang Johor ye guys #fypシ #fypシ゚viral #wawazainalaerilzafrel ♬ original sound – wawacosmetics.kl

Sebelum ini Aeril sering memuatnaik video dirinya bercakap bahasa Sabah bersama isterinya, namun kali ini sebutan dan percakapannya semakin lancar serta menghiburkan ramai peminatnya.

Sabahku enda berapa bagus, nah sebab kita ini kan orang semenanjung jadi cakap Sabah ni kan terikut-ikut saja”

Aeril Zafrel

Namun Wawa yang berada di sebelahnya memuji cara percakapan dan bahasa Sabahnya yang sangat bagus dan lancar.

Macam bugis sudah tu – Netizen

Rata-rata netizen memuji usaha Aeril untuk bertutur dalam bahasa Sabah, namun apa yang menghiburkan adalah loghat yang digunakan Aeril bukanlah Sabahan malah loghat Bugis.

image is not available
‘Itu bukan Sabah, Itu Loghat Bugis’ Netizen Terhibur Lihat Aeril Zafrel Cakap Sabah. Kredit: TIktok wawacosmetics.kl

image is not available
‘Itu bukan Sabah, Itu Loghat Bugis’ Netizen Terhibur Lihat Aeril Zafrel Cakap Sabah. Kredit: TIktok wawacosmetics.kl

Video yang dimuat naik itu berjaya meraih sebanyak 1.6 juta tontonan di Tiktok sejak dimuat naik kelmarin.

Oleh itu, bukan mudah untuk pelajari bahasa lain dan sememangnya merupakan satu cabaran yang besar.

Pemuda Sabah ini lancar bertutur menggunakan 5 bahasa image is not available Jom baca: