“Itu Bukan Urusan Saya Tapi Semoga Urusan Mereka Dipermudahkan” – Puteri Sarah Liyana

LocalEntertainment
20 Aug 2024 • 11:38 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Pelakon Puteri Sarah Liyana tampil memberi respon mengenai berita perceraian bekas suaminya, Syamsul Yusof bersama isteri Ira Kazar semalam.

Puteri Sarah yang dihubungi media hanya mendoakan agar urusan kedua-dua pihak dipermudahkan dan menjelaskan bahawa dia tidak berhak untuk memberikan komen kerana ia bukanlah urusannya.

Saya baru balik Singapura berniaga di sana. Beginilah, kalau boleh saya tak nak beri komen apa-apa sebab apa yang berlaku bukan melibatkan saya pun dan bukan urusan saya.

Saya tak mahu cakap lebih-lebih, nanti orang cakap apa pula dan saya pun dah ada kehidupan sendiri. Dah bahagia dengan cara sendiri.

Apa yang saya boleh cakap, semoga urusan mereka dipermudahkan. Itu sahaja.

Terdahulu, peguam syarie mewakili Syamsul Yusof mengesahkan pengarah itu telah memfailkan perceraian terhadap isterinya, Ira Kazar dengan alasan sudah lagi tidak mempunyai persefahaman dalam rumah tangga.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 1 day ago

Risteena Dan Bella Astillah Tampil Atas Satu Pentas, Reaksi Puteri Sarah Liyana Curi Perhatian Netizen - "Tak Cover Eh Muka Tu"

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved