“Itu makanan dia” – Dakwa ‘Interview’ Disunting, Fathia Latiff Cakap Caprice Kurang Ajar?

Entertainment
19 Jan 2024 • 12:35 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Nampak gayanya perhatian masih diberikan kepada pelakon penuh sensasi, Fathia Latiff apabila baru-baru ini dia mengelurkan kenyataan di mana temu ramahnya dengan Caprice telah disunting dan membuatkan dia nampak ‘bodoh’.

Dalam satu tangkap layar sesi live Fathia Latiff, dia mendakwa videonya dengan aktivis serta rapper ternama iaitu Caprice telah disunting dan terdapat beberapa bahagian yang dia menepis apa-apa dakwaan Caprice tidak dimasukkan dalam video tersebut.

Malah, Fathia juga berkata Caprice itu seseorang yang kurang ajar kerana berbuat sedemikian, selain menanyakan soalan yang penuh kontroversi.

“Tiba-tiba kau nak datang kata nak interview kejap tapi aku tahu sangatlah yang si Apek (Caprice) tu bukannya betul sangat pun.

Dia sengaja tanya soalan, sebab tu makanan dia tapi kejap lagi mula lah tanya soalan-soalan anjing.

Lepastu, post yang nampak kita bodoh. Did he posted the whole interview? Tak kan? Dia cut kan? Kurang ajar Caprice tu, dia post yang dia nampak okay je,” katanya.

Di akhir video itu, Fathia menunjukkan gigi taringnya yang asli dan sempat memerli seorang ‘wanita’ lain yng dikatakan buat gigi taring untuk kelihatan sepertinya.

Lah, siapa pulak tu?

Sumber: TikTok

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.