
Pelawak dan pengarah Bubblebee Sdn. Bhd., Shuib akur akan denda yang telah dijatuhkan Mahkamah Majistret sebanyak RM17,500 atas tujuh pertuduhan termasuk tunggakan caruman Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) 2 tahun lalu.
Mengakui kekhilafannya, usahawan tersebut berkata tindakan undang-undang yang telah dikenakan merupakan pengajaran agar tidak terlepas pandang perkara-perkara penting yang membabitkan kebajikan pekerja.

Memetik dari Kosmo, pelawak itu turut menyifatkan situasi yang dihadapi syarikatnya ini sebagai asam garam dalam perniagaan.
Insya-Allah, apa yang berlaku membuatkan kami selaku pengurusan tertinggi lebih peka dan akan melaksana tanggungjawab dengan lebih baik.
Menerusi ruangan komen di aplikasi X, rata-rata netizen mengkritik tindakan pelawak itu yang gagal membuat caruman PERKESO.
Shuib, kau tak bayar caruman PERKESO pekerja. Kalau pekerja kau ditimpa kemalangan, 1 sen pampasan pun dia tak dapat. Itu namanya aniaya orang Shuib, bukan ujian. https://t.co/Xy0ftvaOd4
— Roman Akramovich (@SyedAkramin) November 11, 2024
Sementara itu, mahkamah turut memerintahkan mereka dipenjara dua bulan sekiranya gagal membayar denda tersebut dan membenarkan syarikat untuk membuat bayaran secara ansuran sebanyak enam kali bagi tunggakan caruman kepada PERKESO.
"Bayar Hak Pekerja Jangan Sibuk Buat Podcast" - Bubblebee Didenda RM17,500 Gara-Gara Tak Bayar Tunggakan Caruman Perkeso
The post “Itu Namanya Aniaya Orang, Bukan Ujian” – Netizen Pertikai Shuib Sifatkan Kes Tak Bayar Caruman Sebagai Asam Garam Perniagaan first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


