‘Itu rakaman lama, mungkin bermotifkan politik’ - Fuziah

20 Sep 2023 • 9:43 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Fuziah

SHAH ALAM - Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Fuziah Salleh menegaskan video yang tular sejak semalam telah diambil di luar konteks.

Menurutnya, video berkenaan merupakan rakaman pada Julai lalu yang dibuat ketika berkunjung ke sebuah pasar raya di Langkawi, Kedah.

“Itu rakaman lama sewaktu kita berhadapan dengan isu RM200 tidak boleh membeli apa-apa barangan.

“Jadi video itu kembali disiarkan selepas Kementerian Perdagangan Dalam Negeri (KPDN) mahu melakukan Jualan Rahmah Beras.

"Saya percaya ada dalang di sebaliknya dan mungkin bermotifkan politik,” katanya kepada Sinar Harian pada Rabu.

Menerusi rakaman video yang tular itu, Fuziah membuat pembelian barangan keperluan asas di sebuah pasar raya dengan kos bawah daripada RM200.

Antara barang keperluan harian yang dibeli ialah biskut, serbuk minuman, mi segera, sardin dalam tin, tepung, minyak, susu, beras 10 kilogram (kg), bawang dan ayam.

Beritahu Fuziah, kesemua barang itu hanya menelan kos sebanyak RM136.30.

Mengulas lanjut, beliau berkata, konteks video pada ketika itu telah disalahertikan sehingga ramai yang menyangka ia merujuk kepada situasi kini.

Justeru, Fuziah berharap orang ramai dapat memahami dan tidak keliru bahawa video yang tular itu bukan merujuk kepada situasi semasa.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved