
Baru-baru ini, tular satu video di Facebook memaparkan Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Senator Fuziah Salleh membeli barang dapur di pasar raya.
Sebab dirinya turun membeli barang dapur di pasar raya kerana rakyat merungut RM200 tidak mampu menampung belanja barang dapur bulanan.
Oleh kerana itu, beliau meninjau dan membuat pembelian sendiri untuk memastikan sama ada dakwaan rakyat benar ataupun tidak.
Dapat dilihat dalam video itu, Senator Fuziah membuat pembayaran atas barang yang dibeli seperti 2 biskut cracker, milo, 2 maggi, 2 sardin, 2 tepung, sebotol minyak besar, 1 tin susu pekat, beras 5 kilogram, ayam mentah dan barangan dapur yang lain.
Siapa kata RM200 tak boleh? Tak cukup? Kena RM500? Jangan cakap perkara tak benar.
Selepas semua barang yang dibeli sudah dikira, jumlah barang dapur tersebut tidak melebih RM200 dan hanya berharga RM136.30.
"Kalau Miskin Jangan Belanja Macam Orang Kaya" - Wanita Dikecam Lepas Mengadu Harga Barang 'Keperluan' Lebih RM500
The post “Siapa Kata Tak Cukup?” – Timb. Menteri KPDN Sangkal Dakwaan RM200 Tak Cukup Beli Barang Dapur first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


