Sejak wujudnya sistem moden perpaipan, masyarakat mula membina tandas di dalam rumah kerana lebih mudah dan praktikal. Namun, langkah ini tidak disetujui sepenuhnya oleh penggiat media, Azmi Jamsari, yang melihatnya dari sudut berbeza.
Menurutnya, amalan itu seolah-olah membuka ruang kepada makhluk halus untuk ‘tinggal serumah’ dengan manusia.
“Kita yang jemput ‘mereka’ masuk ke dalam rumah”
Dalam satu rakaman Podcast Ashhrapp Channel, Azmi berkata, “Kenapa kita buat toilet dalam rumah? Padahal itu tempat tinggal mereka (makhluk halus). Kita bawa pula ‘mereka’ masuk dalam rumah.
Beliau menegaskan, masyarakat hari ini terlalu memudahkan urusan sehingga lupa kepada asas perancangan orang dahulu yang lebih berhati-hati terhadap perkara ghaib. Sedangkan nenek moyang terdahulu sudah menitikberatkan soal itu sejak awal.
“Kenapa kita nak menormalisasikan perkara itu? Sebab untuk memudahkan kita. Jadi, bila memudahkan kita, kita tak ada perancangan untuk mengelak benda itu mengawal kita.”
Kita pun tak perasan benda macam ni #fyp #seram #podcastseram #ceritahoror #detik12malamtv3
Pesan agar kembali berjaga-jaga
Amalan membina tandas di luar rumah melambangkan tamadun tersendiri kerana masyarakat dahulu mengasingkan ruang itu demi menjaga keharmonian rumah tangga.
Tambah Azmi, gangguan yang berlaku kini tidak mengejutkan kerana manusia sendiri meletakkan tandas bersebelahan dengan ruang kediaman.
“Kalau kena kacau pun… kau masuk, memang toilet pun dekat situ, itu rumah ‘dia’. Kau duduk berjiran dengan ‘dia’. Nak complaint apa?” ujarnya.
Sumber: Podcast Ashhrapp Channel
The post ‘Itu rumah mereka’ – Azmi Jamsari persoal budaya bina tandas dalam rumah appeared first on The Reporter.


