“Itu sekadar gambar” – ‘Hot Daddy’ Tampil Pertahan YouTuber, Nafi Buat Video Podcast

Entertainment
9 Feb 2024 • 11:04 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

YouTuber Bros Gang TV (BGTV) menerima kecaman hebat daripada netizen dan kritikan daripada tokoh agama apabila mereka menjemput tertuduh bagi kes persundalan yang dikenali sebagai ‘Hot Daddy’ ke program podcast mereka.

Ramai yang menyifatkan tindakan menjemput individu terbabit dianggap tidak sensitif dan semata untuk mengejar views.

Pun begitu, BGTV mempertahankan diri dengan mendakwa mereka tidak menyokong mana-mana pihak yang melakukan perkara yang tidak bermoral.

Kenyataan itu dikeluarkan menerusi posting di Instagram namun dalam semakan terkini, hantaran itu telah pun dipadam.

image is not available

Hot Daddy akhirnya bersuara

Susulan kekecohan yang berlaku, individu yang dikenali sebagai Hot Daddy atau nama sebenarnya Hasli Ikhwan Arif Zul Hasli, tampil bersuara mengenai isu tersebut.

Katanya menerusi video di TikTok, dia dan YouTuber terbabit tidak melakukan sebarang podcast seperti yang didakwa.

So hari ni nak jelaskan sendirilah tentang gambar saya dengan Bros Gang tu.

“Saya nak jelaskan bahawa memang kita tak ada buat sebarang video, atau podcast, interview atau apa sahaja, seperti yang didakwa.

“Jadi, itu hanya sekadar gambar sahaja. Saya dengan Bros Gang memang kawan, dia menjemput saya untuk lepak dan main game,” katanya.

Tambahnya, dia meminta orang ramai jangan membuat andaian atau fitnah sesuatu perkara tanpa kesahihan.

“Jadi, janganlah hanya sebab gambar tu, kamu semua terus cakap, oh dia ni pembuat zina, Bros Gang menyokong zina dan sebagainya.

“Saya rasa gambar-gambar tu, tiada pun berunsurkan zina, tiada pula kami bergambar dengan perempuan atau berpakaian tak senonoh,” jelasnya.

image is not available

Sementara itu, menerusi semakan hantaran tular di Instagram BGTV, caption ditulis seolah-olah ada video podcast antara mereka dan Hasli Ikhwan.

Sumber: TikTok

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.