“Itu Semua Fake” – Ira Kazar Nafi Buka Akaun Instagram Baru

Entertainment
10 Jan 2023 • 4:02 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Terdahulu, nama Ira Kazar sekali lagi menjadi tular di media sosial selepas muncul akaun baharu dengan nama @irakazaofficial yang baru diaktifkan tiga hari lalu.

Difahamkan, laman instagram milik Ira atau nama sebenrnya Faghirah Fatini Binti Kazaruddin telah dinyahaktif selepas diserang netizen.

Malah, biodata yang ditulis di akaun terbabit turut mengundang reaksi orang ramai kerana seolah ingin menimbulkan provokasi terhadap netizen dengan mengatakan dirinya kini sedang bahagia bersama suami baru, Syamsul Yusof.

Don’t disturb me. i’m happily married.

image is not available

Bukan itu sahaja, akaun tersebut turut memuat naik Instagram Story meminta netizen untuk tidak menganggu kehidupnya lagi.

Haters jangan kacau life orang…

Tampil menafikan perkara tersebut, Ira menegaskan dia hanya mempunyai satu akaun sahaja iaitu @irakaza dan selain daripada itu merupakan individu tidak bertanggungjawab yang menggunakan namanya untuk membuka akaun palsu di laman Instagram.

Semua ni fake account dan bukan saya punya. @irakaza adalah satu-satunya akaun yang saya gunakan sekarang. Terima kasih.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 1 hari lalu

"Jangan Kacau, I'm Happily Married" - IG Pertama Diserang 'Haters', Ira Kazar Buka Akaun Baru?