Pelawak, Nabil Ahmad nafi pakai seluar pendek sehingga menampakkan auratnya, sebaliknya ia hanya video lama semasa mempromosikan sebuah pusat kecergasan beberapa tahun lalu.
Nabil Ahmad nafi pakai seluar pendek
Jelas Nabil, video yang tular baru-baru ini di platform TikTok adalah video lamanya semasa zaman ‘jahil’ dan bukannya kini yang lebih menutup aurat.
“Saya tak tahu langsung video itu ‘keluar’ semula di TikTok. Itu video lama saya.
“Dulu, semasa zaman jahiliah kot. Zaman saya rajin ke gimnasium dulu. Saya pun tak perasan mereka kongsi semula iklan itu,” katanya.

Nabil dah lama tak pergi gim
Tegas Nabil, dia sudah lama tidak pergi ke pusat kecergasan berkenaan dan video tersebut dirakam beberapa tahun lalu iaitu sebelum pandemik Covid-19 lagi.
“Memang dah lama sangat saya tak ke situ, dah bertahun-tahun dah.
“Kalau tak salah, penggambaran iklan itu pun dah lama. Mungkin sebelum pandemik Covid-19 lagi. Sebelum PKP (Perintah Kawalan Pergerakan),” katanya.

Artikel lain: Dahlia Rizal takut dosa, takkan menipu buat ulasan produk -“Tanggungjawab pempengaruh sangat besar”
Sebelum ini, tular di media sosial memaparkan Nabil atau nama sebenarnya Ahmad Nabil Ahmad melakukan beberapa aktiviti dengan menggunakan peralatan di pusat kecergasan itu.
Apa yang menarik perhatian ramai adalah pelawak itu memakai kemeja-T putih serta seluar pendek atas paras lutut.
Hantaran itu telah menarik perhatian ramai di mana mereka meminta Nabil untuk menjaga auratnya terutama sudah menunaikan ibadah haji.
Sumber: Harian Metro (Syafil Syazwan Jefri)

