“Itu video lama” – Pemilik Terkejut Video 2 Ekor Unta Sesat Di Jalan Raya Kembali Tular

Entertainment
28 Jun 2024 • 3:59 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Tular di media sosial, memaparkan gelagat dua ekor unta tersesat di jalan raya telah mencuri perhatian netizen.

Menerusi perkongsian video di laman TikTok @ijanichiiiiii berdurasi 44 saat itu, kelihatan anggota bomba cuba menangkap unta tersebut yang tersesat di jalan raya. Difahamkan, kejadian itu berlaku di jalan Sungai Udang, Tangga Batu, Melaka.

Rupanya kejadian 2 tahun lalu

Memetik sumber Kosmo!, insiden yang berlaku dalam klip video itu merupakan kejadian dua tahun lalu.

Pemilik unta berkenaan, Bakri Ali, 60 berkata, dia terkejut apabila dihubungi ramai kenalan memberitahu unta peliharaannya yang digelar Bashar dan Bashir telah terlepas.

Jelasnya, kejadian tersebut sebaliknya merupakan insiden yang berlaku pada dua tahun lalu apabila unta tersebut terlepas ketika ditambat di sebatang pokok di rumahnya di Sungai Udang.

“Saya pun terkejut apabila ramai kawan-kawan hubungi sejak pagi tadi beritahu unta saya terlepas tetapi bila saya periksa kedua-dua ada di belakang rumah.

“Memang betul dalam klip video itu Bashar dan Bashir tetapi itu kejadian dua tahun lalu. Saya tak pasti apa niat mereka yang menularkan semula video tersebut, saya pula kena menjelaskan dekat ramai,” katanya.

image is not available

Bakri berkata, kejadian berpunca apabila pokok yang diikat tali kedua-dua ternakannya itu tumbang menyebabkannya terlepas dan melarikan diri ke arah jalan raya.

“Ia lari sampai ke sebuah stesen minyak berhampiran dan berhenti untuk meragut rumput. Saya dan anak kemudian terus ambil dan bawa pulang kedua-duanya.

“Sehingga ke hari ni mereka masih sihat, saya ada bawa ke sekitar pantai Tanjung Kling dan Pantai Puteri untuk aktiviti pelancongan di sana,” ujarnya.

Menurut Bakri, Bashar serta Bashir adalah pasangan unta jantan dan betina berusia 13 tahun yang telah dibeli dari Australia sejak 2008.

Kesian pemilik, ingatkan unta dia hilang…

Sumber: TikTok, Kosmo!

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.