“Itu yang dia nak” – Wanita Dedah ‘Bestie’ Minta Putus Kawan Sebab Lambat Balas ‘Chat’

Entertainment
8 Jul 2022 • 1:07 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Dalam setiap persahabatan, komunikasi dan juga persefahaman itu sangatlah penting. Sebabkan tu juga, ada yang boleh kekal berkawan berpuluh tahun lamanya asalkan masing-masing saling memahami.

Kalau korang dengan bestie korang sekarang, dah berapa lama berkawan tu? Jangan terkejut pula kalau ada yang berkawan baik walaupun tempoh persahabatan tu kurang dari 10 tahun. Bak kata orang, nombor hanyalah angka. Gitchewww!

Tapi, lain pula cerita yang tular di Twitter baru-baru ni sampai jadi perdebatan orang ramai yang mana seorang wanita kongsikan screenshot message miliknya dengan kawan baik yang menjadi punca persahabatan selama 6 tahun mereka terputus begitu saja.

Difahamkan punca kawan baiknya bertindak memutuskan persahabatan mereka gara-gara wanita yang dikenali sebagai Syaza ini lambat memberi balasan chat di WhatsApp selain dituduh hanya akan balas dengan cepat sekiranya lelaki yang berikan mesej.

“Kalau i lelaki kot baru u cepat je reply. So long farewell Syaza. I’m done with you” – Tulis kawan baiknya

“Jadi lambat reply ni sebab dah start kerja”

Syaza juga turut menjelaskan hal sebenar di bahagian thread tweet yang sama dengan mengatakan bahawa isu lambat balas chat itu telah pun dibincangkan dengan kawan baiknya dan mengakui ianya bermula selepas mula bekerja.

image is not available

Bukan tu saja, Syaza juga mengakui bahawa dia merindui kawan baiknya dan mengatakan bahawa dia sememangnya seorang yang baik malah telah mencuba yang terbaik untuk memperbaiki masalah tersebut.

Difahamkan sekarang kawan baiknya itu telah menyekat Syaza dari semua platform media sosial seolah-olah tidak mahu mempunyai apa-apa hubungan lagi menyebabkan Syaza tak dapat menghubunginya lagi.

Allahu, sedihnya min baca… Cer try pergi rumah dia. Mana tau boleh settle kan?

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.