iTunes Untuk Windows Kini Memberi Akses Kepada Buku Audio Dan Podsiar

TechnologyDigital
25 Oct 2023 • 9:59 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

iTunes merupakan salah satu aplikasi Apple yang ditawarkan untuk pengguna Windows. Ia digunakan bukan sahaja untuk melakukan sandaran peranti Apple melalui komputer Windows, tetapi turut boleh digunakan untuk mengemaskini sistem operasi iPhone, memindahkan fail dan sebagainya. Disamping itu, iTunes turut membolehkan pengguna Windows untuk membeli kandungan dari Apple seperti filem dan lagu.

image is not available

Terbaru, Apple telah mengedarkan kemaskini iTunes 12.13 yang memberi pengguna akses kepada pustaka buku audio serta kandungan podsiar Apple Podcast. Kedua-dua kandungan audio ini hanya boleh diakses jika peranti Windows telah mempunyai aplikasi Apple TV dan Apple Music dipasangkan.

image is not available

Buat masa ini aplikasi Apple TV dan Apple Music masih lagi dalam fasa ujian dan terhad untuk negara terpilih sahaja. Dengan kata lain, jika peranti Windows anda ditetapkan ke negara Malaysia – kemaskini iTunes ini akan mempunyai fungsi yang terhad. Dalam cubaan saya, hanya podsiar sahaja yang boleh diakses. Itu pun kadangkala berjaya dimainkan dan kadangkala menerima notifikasi yang kandungan tidak ditawarkan di Malaysia.

image is not available

Dengan perkembangan sihat ini, sama-sama kita nantikan aplikasi Apple TV dan Apple Music turut ditawarkan meluas, sekaligus membolehkan pengguna tempatan untuk turut menikmati pelbagai kandungan audio melalui komputer Windows.

  • Sumber

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved