Ivan-Rachel raih naib juara di Kejohanan Skuasy Beregu Campuran Asia

1 Jul 2023 • 8:00 AM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

KUALA LUMPUR, 1 JULAI: Beregu campuran negara, Ivan Yuen-Rachel Arnold, terpaksa berpuas hati bergelar naib juara Kejohanan Skuasy Beregu Campuran Asia 2023 selepas tewas 0-2 kepada gandingan India pada aksi final semalam.

Dalam perlawanan di Pusat Sukan Olimpik Hangzhou, China, Ivan-Rachel, selaku pilihan kedua kejohanan, ditunjukkan corak permainan agresif oleh pilihan ketiga, Harinder Pal Singh-Dipika Pallikal sebelum menyaksikan mereka tewas 10-11 pada set pertama.

Di set kedua, tatkala harapan menggunung untuk melihat Ivan-Rachel bangkit menyamakan mata, bagaimanapun, tidak kesampaian apabila mereka turut tewas 8-11.

Dalam pada itu, satu lagi beregu campuran negara, Mohammad Syafiq Kamal-Aifa Azman, meraih gangsa selepas menewaskan gandingan India, Abhay Singh-Anahat Singh dengan keputusan 11-8 dan 11-10 bagi aksi penentuan tempat ketiga dan keempat kejohanan.

Kejohanan beregu campuran tersebut menjadi medan persiapan buat semua negara apabila acara beregu campuran diperkenal pada Sukan Asia 2022 di Hangzhou, September ini.

-BERNAMA

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved