Ivana Trump Meninggal Dunia Pada Usia 73 Tahun

15 Jul 2022 • 11:41 AM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Ivana Trump (kanan), bersama Ivanka Trump - Gambar AFP

WASHINGTON - Bekas isteri Donald Trump, Ivana Trump, meninggal dunia pada usia 73 tahun, lapor Sputnik

"Saya dengan penuh kesedihan saya maklumkan kepada semua yang menyayanginya, bahawa Ivana Trump telah meninggal dunia di rumahnya di New York City.

"Beliau seorang wanita yang hebat, cantik dan mengagumkan, serta menjalani kehidupan yang hebat dan penuh inspirasi,” kata Trump di media sosial.

Ivana Trump, dilahirkan di Czechoslovakia dan merupakan seorang model ketika bertemu dengan bekas presiden Amerika Syarikat itu pada 1976.

Pasangan itu berkahwin pada 1977 dan dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Eric Trump, Ivanka Trump, dan Donald Jr Trump.

Rumah tangga pasangan itu mendapat liputan di seluruh dunia termasuk kes perceraian mereka pada 1992.

Ivana juga memainkan peranan utama membangunkan Organisasi Trump dan dilantik naib presiden eksekutif untuk reka bentuk dalaman, fesyen dan produk kecantikan. - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved