IWK nafi terlibat insiden kebakaran saluran gas

LocalBusiness & Finance
2 Apr 2025 • 6:42 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Logo IWK

SHAH ALAM - Indah Water Konsortium (IWK) Sdn Bhd menafikan penglibatannya dengan insiden kebakaran saluran paip gas bawah tanah di Putra Heights pada Rabu.

Jabatan Komunikasi Korporat IWK dalam kenyataan menegaskan bahawa projek sambungan ke saluran paip pembentung persendirian itu dibina oleh kontraktor pemaju.

“Adalah penting untuk ambil perhatian bahawa pemasangan saluran paip itu adalah di bawah tanggungjawab pemaju untuk pembangunan sendiri.

“Walaupun IWK memberikan kelulusan perancangan, tanggungjawab pengawalseliaan dari segi pematuhan dan kelulusan kuasa terletak pada pemaju serta kontraktor yang dilantiknya, yang mana tidak berdaftar dengan IWK seperti didakwa dalam laporan media,” katanya pada Rabu.

Datuk Bandar Subang Jaya, Datuk Amirul Azizan Abd Rahim pada Rabu berkata, projek berkenaan mendapat kelulusan daripada pihak berkuasa tempatan.

Ujar beliau, projek tersebut bukan berada dalam Rizab Laluan (ROW) Petronas dan diberikan kelulusan serta kebenaran merancang (KM) pada 2022.

Menurut kenyataan IWK, pihaknya kekal komited untuk membantu sebarang siasatan.

“Kami akan menangguhkan (kerja) pemilik projek dan membantu pihak berkuasa yang berkaitan untuk tindakan selanjutnya mengenai perkara tersebut,” ujar kenyataan berkenaan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved