“Iyelah tu” – Buat Video TikTok Konon Setia Dengan Pasangan, Netizen Sindir Shuk Sahar

Entertainment
26 Jul 2022 • 12:35 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Umum mengetahui mengenai kisah pergolakan rumah tangga pelawak, Shuk Sahar dan isterinya, Rossa Sera akibat orang ketiga yang sedang hangat diperkatakan ramai.

Semenjak dari kes kecurangan tersebut, apa sahaja yang dilakukan Shuk telah mendapat pandangan serong netizen dan baru-baru ini, sebuah video yang dimuat naik pelawak ini juga telah disindir netizen.

Baling kad yang diberi ‘penyondol’?

Menerusi perkongsian Shuk di TikTok, dia telah memuat naik video lakonannya dengan Nazeera Sardi dilihat sedang berjalan berdua seperti pasangan bercinta.

Namun tanpa ‘pasangannya’ sedari, Shuk tiba-tiba dihulurkan kad nama dari seorang wanita lain yang kemungkinan besar meminatinya.

Walau bagaimanapun, Shuk dilihat membaling kad tersebut ke belakang tanda dia setia dengan pasangannya dan tidak mahu curang dengan orang ketiga.

“Elehhh nanti kutip balik”

Meskipun dia menonjolkan watak lelaki setia dengan pasangan di dalam video berkenaan, netizen dilihat telah menyindir Shuk dan mengaitkan dengan isu masalah rumah tangganya.

Tapi ada juga di kalangan netizen berdoa agar Shuk benar-benar berubah dan kembali ke pangkal jalan.

image is not available

Apa-apapun kalau benar Shuk nak berubah ke arah kebaikan, kita sama-sama sokong ye.

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.