Izara Aishah Bocor Rahsia Siti Nurhaliza, Mudah Teracun Beli Barang ‘Online’ – “Semua Barang Merepek Dia Beli”

EntertainmentLifestyle
21 Jul 2025 • 4:09 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Menerusi siaran langsung di TikTok ketika sedang berjualan,, pelakon Izara Aishah meraih perhatian apabila dia berkongsi tentang perangai Datuk Seri Siti Nurhaliza yang tidak diketahui orang ramai.

Ketika sedang bercakap tentang tudungnya, Izara sempat menyelit membuka ‘rahsia’ Biduanita Negara yang dipanggil Mak Iti yang gemar online shopping.

Kata Izara, Siti Nurhaliza sering membuka platform TikTok untuk membeli belah produk-produk yang tidak berfaedah kerana mudah ‘teracun’.

Dia (Mak Iti) sebenarnya bukan tengok live sangat di TikTok. Dia suka shopping. Semua barang-barang merepek dia beli. Stokin, pemutih ketiak, semua lah yang mengarut. Dia cepat teracun.

Menerusi ruangan komen, ramai terhibur dengan apa yang diceritakan Izara tentang perangai Tokti apatah lagi penyanyi itu berseloroh memberi amaran kepadanya untuk tidak membocorkan rahsianya.

image is not available image is not available

Dalam pada itu, sesetengah netizen merasakan tindakan Tokti gemar membeli belah adalah kerana penyanyi tersebut mahu memberi sokongan kepada peniaga-peniaga kecil.

Mak Iti tu niat nak tolong orang je tu.

image is not available image is not available image is not available

image is not available 2025-07-04 09:44:28

"Menayang Barang 'Fake', Pastu Dok Jeling-Jeling Kat Orang.." - Izara Aishah Kecam 'Influencer' BBNU Biadap