Izara Aishah ‘Sindir Balik’ Lepas Konsert Siti Nurhaliza Didakwa Ulang Konsep Sama

EntertainmentLifestyle
14 Jan 2026 • 1:17 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

Pelakon Izara Aishah bersuara selepas konsert penyanyi, Dato’ Sri Siti Nurhaliza didakwa bawa konsep sama dan membosankan.

Dalam satu perkongsian di platform Thread, Izara mempertahankan kejayaan konsert tersebut yang dihadiri kira-kira 67,000 pengunjung.

“Konsert Mak Iti penuh 67,000, konsert dia tak ada siapa cakap pun”

image is not available

Dia turut berkongsi dua video suasana dalam stadium yang menunjukkan lautan penonton bersorak dengan penuh semangat.

Walaupun tidak menyebut sebarang nama, ramai netizen mengaitkan ciapan itu dengan Iman Tang, susulan kenyataannya sebelum ini.

Terdahulu, Dato’ Sri Siti Nurhaliza sendiri tampil menjawab dakwaan tersebut dengan nada yang cukup tenang.

image is not available

Beliau meluahkan rasa hairan terhadap sindiran itu dan menegaskan dirinya tidak pernah menyakiti sesiapa.

Reaksi tenang itu mendapat pujian ramai, dan rata-rata netizen menyatakan kekaguman terhadap profesionalisme beliau sebagai artis legenda.

Pssttt! Tak salah kalau nak kritik, tapi biarlah beradab dan profesional. Setiap konsert ada tujuan dan sasaran tersendiri, lebih-lebih lagi bila melibatkan ikon muzik negara.

Kredit: Threads
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

The post Izara Aishah ‘Sindir Balik’ Lepas Konsert Siti Nurhaliza Didakwa Ulang Konsep Sama appeared first on Oh! Media.