IZIPIZI Lancar Koleksi Chapters, Tawar Rekaan Versatil Untuk Semua Peringkat Umur

Women's FashionLifestyle
22 Sep 2025 • 3:38 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available

Selepas kejayaan pelancarannya di Malaysia awal tahun ini, jenama kaca mata Paris yang terkenal dengan rekaan ceria dan Santai, IZIPIZI memperkenalkan Koleksi Chapters untuk meraikan kehadiran Musim Luruh/Musim Sejuk 2025. 

image is not available

Koleksi bermusim yang disusun dengan teliti ini meneruskan misi IZIPIZI untuk menghasilkan kaca mata yang menggabungkan fesyen dan fungsi secara harmoni, mengajak pemakai untuk menghargai detik berharga kehidupan dengan penuh gaya.

Diasaskan di Perancis, IZIPIZI telah menawan hati pengguna di seluruh dunia dengan menawarkan kaca mata yang unik untuk semua peringkat umur dan gaya hidup; daripada keperluan harian hinggalah ke rekaan yang menyeronokkan.

image is not available

Memilih Pavilion Kuala Lumpur sebagai ‘rumah’ pertama di Malaysia, IZIPIZI menyampaikan kemewahan mampu milik tanpa mengorbankan kualiti. Komitmen IZIPIZI adalah untuk menghasilkan kaca mata yang bergaya, sofistikated dan selesa, memastikan ia sempurna untuk pelbagai lapisan umur, sama ada untuk membaca, aktiviti luar atau kegunaan harian.

Koleksi Musim Luruh/Dingin 2025 ini direka dengan teliti demi meneruskan misi IZIPIZI untuk mencipta kaca mata yang menggabungkan fesyen dan fungsi dengan sempurna, sambil mengajak pemakai untuk menghargai setiap detik berharga kehidupan dengan penuh gaya.

image is not available

Koleksi ini terdiri daripada kategori Reading, Sun, Junior Sun dan Kids

Kaca mata hitam untuk dewassa mempunyai perlindungan UV unggul dan hadir dengan kanta premium yang direka untuk mengurangkan silau secara optimum serta memberi perlindungan menyeluruh kepada mata. 

Rekaan untuk kanak-kanak pula menggabungkan keselesaan, ketahanan dan sentuhan gaya yang ceria.

Palet warna koleksi ini pula tampil sofistikated dengan lima pilihan warna iaitu Old Leather, Sweet Honey, Moonlight Grey, Light Marble dan Carmine Red yang setiap satunya menceritakan kisah tersendiri.

image is not available

Koleksi Chapters kini boleh didapati secara eksklusif di kios IZIPIZI yang terletak di Aras 5, Pavilion Kuala Lumpur, atau kunjungi kaunter mereka di SEIBU TRX, dalam ANTE Shop.

Sedikit tentang IZIPIZI,  jenama ini ditubuhkan pada 2010 dengan visi untuk membantu mereka yang mengalami presbiopia. Sejak itu, jenama ini telah berkembang menghasilkan pelbagai jenis kaca mata termasuk kaca mata membaca dan kaca mata hitam dengan pelbagai kanta untuk semua peringkat umur, termasuklah kanak-kanak berusia di bawah lima tahun.

image is not available

Perjalanan mereka telah membawa IZIPIZI menjadi salah satu pemain utama dalam industri kaca mata pada hari ini. - Getaran, 22 September 2025

View Original Article