Izzi Taip tampil anak dalam lagu raya

EntertainmentMusic
3 Apr 2025 • 11:32 AM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Kazalinah Kamaludin

PENYANYI Izzi Taip mempertaruhkan rentak joget menerusi lagu raya terbarunya, Gembira Berhari Raya.

Dicipta sepenuhnya sendiri, Izzi berkata dia sudah lama berkeinginan untuk menghasilkan lagu raya yang menggunakan rentak tradisional Melayu itu.

“Gembira Berhari Raya merupakan lagu raya kedua yang saya hasilkan sendiri. Selepas sekian lama berkeinginan, akhirnya impian saya untuk mempunyai lagu raya berentak joget terlaksana.

“Untuk pembikinan lagu ini, saya masih menggunakan khidmat suami saya, Mohammad Shahazalie atau lebih dikenali sebagai Jalie, yang juga seorang pemuzik di RTM Sabah, selaku penyusun muzik.